Rabu, 24 Oktober 2012

Apa itu CSS?

CSS ialah teks ASCII yang mengandungi arahan-arahan untuk memformat dokumen web. Ia memudahkan anda untuk membuat reka letak dan persembahan web seperti penggunaan font, size font, warna latar dan lain-lain.

Cara mudah untuk menerangkan CSS ialah dengan memberikan contoh berikut. Lihatkan kod di bawah ini sebagai contoh, ia dimasukkan di bahagian HEAD halaman web anda kerana setiap pelayar web anda akan memahami style sheets.


KOD


Kod di atas akan menyebabkan halaman anda mempunyai latar belakang putih dan teks berwarna hitam. Teks pada BODY akan menggunakan sama ada typeface Arial, Helvetica, ataupun jika tidak terdapat kedua-duanya, ia akan menggunakan typeface Sans-Serif.

Kelebihan CSS
Mengapa tidak terus menggunakan sahaja HTML untuk memformat dokumen?

Sebenarnya salah satu alasan mengapa perlunya pengetahuan tentang Cascading Style Sheets ialah ia membolehkan anda memformat elemen dengan mudah dan cepat.

Saya beri satu contoh berikut:

KOD



Tag H1 diatas digunakan untuk teks header. Apabila anda menutup teks di dalam tag ini, teks tersebut akan dinampakkan sebagai header. Bagaimanapun, ramai orang baru (newbie) dalam HTML yang kadang kala terkeliru dan sering meletakkan header di dalam tag FONT seperti berikut:

KOD

Teks


Hasilnya, dokumen anda akan menjadi semak dengan kod berformat, malah jika anda ingin menyeragamkan semua header-header, terpaksalah anda mengubah semua header-header pada keseluruhan dokumen.

Dengan CSS, jika anda inginkan header H1 untuk menggunakan typeface Sans-Serif bersize 24-point, secara yang mudah letakkan baris berikut diantara tag CSS anda:

KOD
H1 {
font-face: san-serif ;
font-size: 24pt ;
}


Kerana setiap kali anda menggunakan H1, ia akan terus memformat kepada font Sans-Serif bersize 24.

0 comments:

Posting Komentar

Recent Comments